CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 9, 2009

KEMALANGAN PALING NGERI........

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk
sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab
itu saya tidak mandi pagi sebab air
kolah jadi air batu dan air paip tidak
mahu keluar sebab beku di dalam batang
paip. Syabas
pun belum ada teknologi
untuk masalah ini.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga
di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak
saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya
tidak mahu. Selepas emak menikam perut
saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami
berjalan sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar
saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan
mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana
takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami
pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri
itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah.
Diapun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori
dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya
tidak puashati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu
pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu.
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit
“Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu
tidak dapat menjawab sebab emak saya
cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu
mati. Tidak lama kemudian kereta polis
pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis
yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat
dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada penjual
daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang
pernah saya lihat sebelum saya mati.

0 comments: